Tuesday, March 31, 2009

Apa itu "April Fool" ...

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten!
gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula
dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah
bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di
dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera
Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut
merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat
kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah
disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
.....rawahuttirmizi Illal Liqaq

Monday, March 30, 2009

Kehilangan seorang kawan ....

Padi tadi aku baru mendapat berita Saudara Bakar "Rimau" telah pergi meninggalkan kita semua pada Sabtu 28/03/2009.

Beliau telah dimasukkan ke hospital Kuala Lumpur pada awal minggu lepas telah mengalami komplikasi ulser perut dan juga disyaki mengalami ketumbuhan kanser juga di perut.

Aku sempat melawat Abang Bakar minggu lepas. Dia kelihatan sungguh kurus. Mungkin sebab terlalu sakit. Sepatutnya Abang Bakar menjalani pembedahan pada hari Khamis lepas akan tetapi keadaannya yang kurang stabil doktor tidak meneruskan pembedahan berkenaan.

Aku sempat bersalaman dengan Abang Bakar ... tetapi hati ini amat kuat menyatakan inilah kali terakhir aku akan bertemu dengan beliau. Walaupun baru setahun lebih mengenali Abang Bakar tetapi kemesraan dan setia kawan beliau membuat semua rakan-rakan menyenangi abang Bakar dipejabat mahupun diluar.

Kami rakan-rakan di BERNAMA System and Solutions Advisor Sdn Bhd dan juga rakan-rakan di BERNAMA mengucapkan takziah buat keluarga Abang Bakar. Berbanyaklah bersabar dengan dugaan ini... setiap dugaan Allah pasti ada ganjaran disebaliknya.

Kami berdoa agar Allah akan sentiasa merahmati Abang Bakar. Tempatkanlah rohnya di kalangan roh orang-orang yang beriman ... Al-Fatihah ...

Friday, March 27, 2009

Nasib Melayu

Tahniah kepada pemimpin UMNO yang telah berjaya dipilih untuk menerajui parti terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia. Semoga kalian akan memimpin negara dan rakyat kearah lebih baik dan cemerlang dengan penuh amanah, ikhlas dan jujur.

Di sebalik kemenangan pemimpin-pemimpin tersebut saya amat sedih kerana masih ada orang Melayu yang merestui pengamal rahsuah sebagai pemimpin mereka. Perkara ini bukan lah dibuat buat malah telah di iktiraf oleh lembaga disiplin UMNO bahawa individu ini bersalah mengamalkan "politik wang" aka rahsuah.

Sedih dengan orang Melayu kerana lebih pentingkan wang ringgit dari maruah bangsa sendiri. Lebih pentingkan diri sendiri dari agama dan bangsa sendiri.

Kemana perginya perjuang UMNO sebenarnya ... sekarang lebih kearah individualisma dari nasionalisma.... siapa lagi akan membela nasib orang Melayu ... Perasuah ini ... hmmm ... jangan mimpi la .... maaf saya katakan jika parti ini hancur ... maka tahulah siapa penyebabnya ...

Sekarang kita lihat kemana arah nasib orang Melayu ... yang kaya akan lebih kaya ... yang miskin akan tetap miskin ... yang kelas pertengahan kalau tak rahsuah maka tak akan kemana lah jawabnya.

Semoga Allah memberi petunjuk agar perasuah-perasuah ini akan bertaubat dan kembali kejalan sebenar.

Tension dengan Streamyx !!!

Hampeh ... dari hari ahad tak dapat internet kat rumah. Bila try call customer service hampeh tak dapat ... sampai le dua hari lepas baru dapat.

Dah troubleshoot hampir sejam didapati DSL Modem ok ... cable ok ... splitter ok ... tapi masalah kat Streamyx. ... dah buka report ... tapi sampai semalam masih sama ... tak settle settle jugak ...

Lepas call buat kali ke 3 baru dapat cakap ngan customer support ... rupanya dia kata ada masalah dengan underground cable or port ... Streamyx cakap by today should be ok ... kalau tak ok jugak ... siap lerrrr.... mengamuk aku ...


AAARRRRGGGGHHHHH !!!

Wednesday, March 25, 2009

My wife's belated birthday 2009

pada 15/03/2009 ... tak sempat nak sambut harijadi isteri tersayang ... kek pun tak sempat nak beli ... so just recently ... actually 2 days ago baru la terdetik nak belikan besday kek ...

So to my wife ... i am soo sorry your birthday i need to work ... happy **th birthday ... jangan lupa bulan May nanti ek ...


Kereta remote ...

Dulu masa kecik-kecik, nak dpt keta remote cukup susah ... actually tak pernah dapat pun ... so bila dah besar ni boleh la nak beli sendiri ... kesian kan ... kes kes kes ...

My latest remote Hummer .... check it out !!!


Tuesday, March 24, 2009

Hope for the best ...

Salam ...

Minggu ni minggu persidangan UMNO. I pray and hope for the best untuk persidangan kali ni.
Harapan agar biarlah pemimpin yang terbaik diantara terbaik dipilih ... tiada lagi rahsuah dan perjuangan kembali kepada perjuangan untuk rakyat bukan untuk diri sendiri.

Aku juga berharap agar semua pemimpin dan rakyat Malaysia dapat bersatu kembali di waktu kegawatan ini dan kembalikan kegemilangan Malaysia sewaktu masa dahulu... kembali bersatu tak kira apa warna parti politik anda ... biru, hijau ... biru muda ... semua hanya warna. Disebalik warna-warna politik ini kita semua rakyat Malaysia ...

Ketepikan individualisma, kembalikan nasionalisma demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA!!!

Friday, March 20, 2009

Personality test ...

I took some personality test in facebook yesterday ... the outcome :

1) My actual age : 39
2) My Nick name : Tom
3) My past life : Pablo Picasso
4) I supose to be : Ironman
5) If i am a villian : Hanibal Lecter ... scary tu ...

Thursday, March 12, 2009

Something to think about ....

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Wednesday, March 11, 2009

Langkawi Team Building 6th March - 8th March 2009 continued





Tak larat nak type dah ... just nak bubuh gambar naik cable car dan eagle feeding dah ler ...




Tuesday, March 10, 2009

Langkawi Team Building 6th March - 8th March 2009


Malam 5/3/2009 ... bertolak ke Alor Setar hantar family balik kampung.... tapi aku ada tujuan lain ... family balik kampung aku ke Langkawi join kengkawan Team Building session.

Sampai Alor Setar 4:00am ... fuh mengantuk tu ... berenti kat Shell Jalan Sultanah ... pastu jalan ke rumah mak mertua ... gelap jugak tu. Sampai sana settlekan bebudak semua pastu Mak Mertua dan adik ipar hantar ke jeti Kuala Kedah... dapat naik feri 7:15am. Ok la tu ... sampai jeti Kuah 8:45am... tercari-cari kengkawan sorang pun tak nampak batang hidung ... rupanya tak sampai lagi ... so apa lagi round jeti la ...


Dalam 9:15 am kengkawan semua sampai. Malangnya bas kami tak ada lagi ... so tunggu la lagi sejam untuk bas. Rupanya bas ambik rombongan lain dulu ... sampai bas jer semua naik ... tengah semangat ni ... sampai Hotel Langkasuka Beach Resort dalam jam 11:00am. Check in bilik ... dapat satu bilik dengan Mr Chanthiran ... orait ler tu ... bilik STAR la katakan ... ha ha ha ... bilik no 2224. Cun giler ... satu bilik 2 katil queen. puas hati aku.




12:30PM tepat kami turun makan... punya la lapar ... makan pun tak ingat dunia punya ... sedapppp wo. Lepas makan jalan jalan tepi pantai dengan boss (En Halim), Hj Ramli dan Chan. Sempat le ambik gambar seround.


Dalam jam 3:00PM turun balik tepi pantai .... team building session ... En Hamid (trainex) dan En Azman dah ready dengan sukaneka kat kami. 3 jam je team building pun ... game macam biasa .... terompah gergasi, isi air dalam botol, masalah angkasa lepas, lari dalam guni dan macam macam lagi.

Habis game ... masuk pool... fuh ... lega lepas panas kat pantai masuk pool lak ... biasa la bila dah ramai ramai ni macam macam kerenah ler.


Malam tu kami set sewa kereta ... 5 biji kereta kena RM80 dari 7PM sampai 12PM esok malam ... ok ler tu ... soranf RM22 masuk minyak. Tapi malam tu punya nak cari selipar punya pasai ... sampai pi pasar malam yang dah tutup... last last pi pantai Chennang. Tak happening sangat sebab hari Jumaat kedai tutup.

Habis jalan jalan balik hotel terus tido ... esok pagi nak pi Pulau Payar pulak ... snorkling.

Pagi pagi buta aku dan Chan dan bangun ... 6:00AM tu ... dah tu kata tak leh lambat nanti kena marah ... lepas breakfirst apa lagi pi le depan tunggu bas ... macam biasa 30 minit tunggu bas ... hampeh.





Dari Jeti Kuah kami ke Pulau Payar ... naik feri Langkawi Coral ke platform yang tersergam indah. Fuh best gilerrr snorkling ... malangnya sampai la tak nampak lagi gambar yang aku ada dlm tu ... kena cari kat kameraman yang ada.


Kat pulau Payar selain snorkling kami tengok Shark feeding ... ok la tak le besar sgt JAWS tu ... tapi excited jugak la.




Makan kat situ memang kelasssss.... sedap gilosssss..... tanya tanya kalau pi sendiri kos RM150 dewasa dan RM120 kanak-kanak... tak pa lah nanti tunggu kaya dulu baru boleh pi ... he he he







Habis kat Pulau Payar dalam jam 3:30PM sampai jeti dalam jam 4:30PM ....

Balik Hotel ... mandi sekejap .... terus keluar ... arrggghhh sambung lain kali pulak lah cerita Langkawi ... penat lah ... tgk lah gambar gambar ni dulu... next time cerita pasai cable car dan eagle feeding pulak.

Thursday, March 5, 2009

Makan makan @ BBQ Chicken OU


Kalau rasa nak makan kat sini tak yah la. Rugi je. Baik makan kat KFC or chicken hut je. Layanan tak bagus dan makanan tak le sedap mana pun. Total damage that day RM42.79 and not worth it.

Wednesday, March 4, 2009

Suami Macho menang ... 6-3 ... Bujang Lapok gigit jari ...


Pasukan Suami Macho
Dari belakang: Khafiz, Azman Basha, Ramdhan (Manager), Nasrah, En Rahim (Jurulatih), Nawawi, Faizal, Zuraidi
Hadapan: Aminuddin, Asri, Anwar dan anaknya, Yusof Wahab, Nizrin, Amran, Asyhar, Syazli, Zainurin



KUALA LUMPUR 28 Feb -- Setelah hampir sebulan perang saraf dan perang poster hari yang di tunggu tunggu telah ditiba pada pagi tadi. Tepat jam 8:50 pagi wisel mula telah ditiup pengadil berpengalaman dari BERNAMA, saudara Azhar.


Piala yang di idamkan

Kalau dilihat dari segi fizikal pasukan Bujang Lapok memang mempunyai kekuatan dari segala sudut ... dari pertahanan hingga ke pembancuh air ... akan tetapi atas keazaman kuat dan kemachoan yang tak terhingga pasukan suami macho memasang strategi yang amat berkesan...

Pengaja Gol di temuramah pemberita BERNAMA TV dan CNN

Berbekalkan majoriti nya berperut besar suami macho memulakan separuh masa pertama dengan bergaya mendahului 2-1. Hasil kombinasi bijak penyerang yang dibawa khas dari TMP suami macho sekali lagi merobek gol bujang lapok di awal separuh masa kedua hingga bujang lapok hampir menangis ... kecederaan demi kecederaan mental dan fizikal telah menguatkan lagi semangat kental suami macho hingga suatu masa mendahului 4-1. hingga lah penyerang bujang lapok yang juga di bawa khas dari TPM berjaya menegelirukan penjaga gol suami macho yang keboringan dengan dua gol.

Akan tetapi kaki lama jangan disangka tak ada power .... suami macho juga mempunyai senjata rahsia dengan midfield veteran saudara usop dengan menyumbangkan satu gol menjadi kedudukan 5-3 ... di saat akhir pasukan bujang lapok mula hilang arah ... kehulu kehilir mencari air dan sebatang rokok... team manager suami bujang meledakkan satu lagi gol menjadi kedudukan 6-3 hingga wisel penamat.


Man of the match ... most valuable player ... telah diberikan kepada saudara Syazli penyerang muda suami macho yang meledakkan 4 gol .... hingga saat akhir suami macho amat macho dari pertahanan hingga ke pakcik jual air seberang jalan.

Kesemua pemain pasukan suami macho amat berpuas hati dengan kemenagan ini kerana semua orang dapagt merasa sepak bola walaupun ada yang tetiba boleh terjatuh (untuk mengelirukan penjaga gol lawan).

Di ingatkan kepada bujang lapok supaya cepat lah kahwin ... boleh join team suami macho tahun hadapan ...

Dan dengan kemenagan ini juga suami macho telah diberi hak ekslusif untuk mengutuk bujang lapok sepanjang tahun hingga ke perlahwanan seterusnya tahun hadapan.
Piala dijulang tanda kemenangan
Terima kasih buat pengadil yang amat sporting walaupun dok kat area teduh sahaja ... kepada penyokong bujang lapok jangan bersedih ...

Kemenangan diraikan bersama

" Makcik dah dapat merasakan sesuatu yang lain pagi ni bila tengok team suami macho masuk padang ... bila tengok pasukan bujang lapok baru makcik tahu yang rupanya mereka akan kalah ... " kata makcik jual nasi lemak

" Kami dari semalam menyediakan padang untuk perlahwanan ini ... pihak pengurusan Kolej Telekom amat berbangga pasukan suami macho dapat bermain di padang kami dan seterusnya mengalahkan team bujang terlajak ... eh bujang lapok " tukang kebun kolej telekom.

"Dari semalam kami telah menyimpan senjata kami ... kami amat bimbang sorang player bujang lapok yang cenderung untuk ... errr .... tak payah cakap lah " pakcik polis POLAPOL.

Last sekali ... WE ARE THE CHAMPION MY FRIEND .... WE ARE THE CHAMPION... WE ARE THE CHAMPION !!!!