Thursday, May 13, 2010

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )


Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang berjaya. Beginilah
kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


(TQ Najmin for sharing this story ...)

Thursday, January 21, 2010

Finally ... we gonna own a house








Setelah berbulan-bulan mencari ... bertahun-tahun mengidam akhirnya jodoh kami dengan rumah idaman kini bertemu. Berbul-bulan mencari rumah yang sudah siap. Mula-mula di Puncak Jalil dah berkenan dah tapi agent buat hal pi jual kat orang lain sebab kami tak bagi deposit. Mana tak nya dia kata boleh nego ... bila kita bagi harga dia buat senyap.

Kemudian ke Lestari Puchong ... yang ni satu hal pulak ... agent orang kita ... tapi malangnya macam tak mahu buat duit. Janji tak pernah ditepati ... kat jam 11 am ... dia mai sejam kemudian ... call tak angkat .. sms tak balas .. alasan sakit gigi ... sms kena pakai gigi ker ???

Pastu balik ke Puncak Jalil ... give the first agent another try ... same thing ... aaarrgghhh !!! bosan ... selang beberapa bulan lepas tu terdetik nak tanya member ofis yang tinggal kat Saujana Utama ... " ada ... tak silap ada rumah cluster baru dok buat... pi ler tgk kat rumah aku tu ... ada showhouse dia ... "

hmmmm ... menarik jugak nih ... tapi bukan kawasan yang dirancang ... ingat nak beli kat area dekat dengan Putrajaya atas sebab kerja ... tapi terdetik dihati nak pi tengok jugak show house kat Saujana Utama, Sg Buluh.. sebenarnya beberapa tahun lepas dah pi tengok kat Desa Coalfield ... tapi time tu kewangan tak mengizinkan ... plus nak tunggu loan gomen ...

Jauh??? Ramai kata Jauh ... tapi tak kan nak beli rumah sebelah ofis pulak ... kalau pun tak kan setiap kali tukar kerja kena pindah rumah lain ... kalau bujang tak pa la ... dah berkeluarga nih payah ... tambah bila anak dah mula bersekolah ... Jarak dari rumah sekarang, damansara damai, rasa dalam 15KM ke arah sg Buluh ... atas jagi dari Paya Jaras ... lepas sket dari entrance ke Gutrie Highway ... kira ok lah tu ... ada member dok Rawang ... Serendah ... Semenyih even Seremban ... so kalau Sg Buluh tu kira ok la tu ...

Tanggal 16 Januari 2010 ... kami pun pi la tengok show house kat Saujana Utama ... dup dap jantung nih ... macam nak pi jumpa awek pulak ... masuk masuk mamat saleman tu dah menunggu... mana tak nya ... kami sampai pun sama dengan dia ... kat muka pintu dia dah tanya nak jumapa sapa ... kami cakap nak tgk rumah ...

So tanya la pasai rumah kluster yang baru dilancarkan ... katanya " alamak sorry bang dah sold out la ... waiting list pun panjang ... " , dalam hati ... " ni mesti murah rumah tu, sebab tu ramai beli .. " , tak pa ... " tapi bang ada yang kami baru buka ... tapi tak launch lagi .. 20 X 70 ... RM255,800.00 ... hmmm rumah kat puncak jalil pun dah harga macam tu dah ... "banyak lagi rumah ni ... tapi show house baru dok buat ... model dia ada sini ... sambil dok perati model rumah tu plus belek belek brochure tak sampai 10 minit kami buat keputusan untuk beli rumah tu. Lagi pun Glomac ... insyaAllah ok la ...

So duit booking dah bayar ... dua hari lepas tu nak jadi rezeki En Md Noor call balik ... "bang ... rumah 22X70 tu ada orang cancel ... abang nak tak ...??" ... apa lagi tanpa berfikir panjang kami pun setuju tukar ke rumah yang lain ... besar sket beza cuma RM5K ... la ni cuma tunggu nak sign S&P sahaja ... loan process cuma isi borang loan gomen ... dapatkan sign ketua jabatan ... yang lain developer uruskan... insyaAllah setahun dua lagi boleh lah pindah ke rumah baru ...