Thursday, April 23, 2009

Walaupun gawat rakyat Malaysia masih mewah

Saja nak share sedikit pengalaman sejak dua menjak ni nak pi bercuti dengan family. Tak sangka rakyat Malaysia ni walaupun time time gawat ni masih mampu untuk pergi bercuti.

contoh terdekat ni ialah cuti hari perkerja pada 1 may akan datang. Aku try nak bawa family ker Langkawi or Penang sebab anak anak aku nak pi pantai. Tapi mengejutkan semua hotel dan chalet sudah habis ditempah ... wow ... dasyat ...

Kami ingat kan tak ramai lah orang pi jalan jalan time time begini sebab cuti sekolah hampir tiba tak lama lagi. Mungkin ramai nak mengelak pergi bercuti semasa cuti sekolah sebab harga hotel dan barangan terutama di Langkawi lebih mahal masa cuti sekolah.

Last last kena lah minta tolong kawan kepada kawan untuk mencari tempat tidur buat semalaman di Langkawi ... nasib baik dapat ... tapi masalahnya keta sewa pulak tak leh nak book awal ... tak pa lah gamble jer lah ... ramai kawan kawan cakap keta sewa kat langkawi mesti ada punya ... yang penting dapatkan tempat nak bermalam dulu.

alah nak pi sana pun bukan nak shoppinig pun ... sekadar nak lari dari kesibukan dan ketensionan Kuala Lumpur ... ni pun silap silap tak jadi pi Langkawi pi Penang jer ... hi hi hi ...

Tak pun pi Pantai Merdeka ... tu pun kalau wujud lagi pantai tu kat Kedah ... kali terakhir pi sana rasa dah lebih 25 tahun lepas.

Apa apa pun nak bercuti yang penting kena ingat jangan boros dan jangan terover excited.

Latest news!!!

Tak jadi pi la pulak ... kena cancel Langkawi trip ... ha ha ha ...

No comments:

Post a Comment