Monday, March 30, 2009

Kehilangan seorang kawan ....

Padi tadi aku baru mendapat berita Saudara Bakar "Rimau" telah pergi meninggalkan kita semua pada Sabtu 28/03/2009.

Beliau telah dimasukkan ke hospital Kuala Lumpur pada awal minggu lepas telah mengalami komplikasi ulser perut dan juga disyaki mengalami ketumbuhan kanser juga di perut.

Aku sempat melawat Abang Bakar minggu lepas. Dia kelihatan sungguh kurus. Mungkin sebab terlalu sakit. Sepatutnya Abang Bakar menjalani pembedahan pada hari Khamis lepas akan tetapi keadaannya yang kurang stabil doktor tidak meneruskan pembedahan berkenaan.

Aku sempat bersalaman dengan Abang Bakar ... tetapi hati ini amat kuat menyatakan inilah kali terakhir aku akan bertemu dengan beliau. Walaupun baru setahun lebih mengenali Abang Bakar tetapi kemesraan dan setia kawan beliau membuat semua rakan-rakan menyenangi abang Bakar dipejabat mahupun diluar.

Kami rakan-rakan di BERNAMA System and Solutions Advisor Sdn Bhd dan juga rakan-rakan di BERNAMA mengucapkan takziah buat keluarga Abang Bakar. Berbanyaklah bersabar dengan dugaan ini... setiap dugaan Allah pasti ada ganjaran disebaliknya.

Kami berdoa agar Allah akan sentiasa merahmati Abang Bakar. Tempatkanlah rohnya di kalangan roh orang-orang yang beriman ... Al-Fatihah ...

1 comment:

  1. cuma mau bertanya, 'disyaki ade ketumbuhan di perut'..hurmm Dr. x buat CT scan ke utk confirmkan ade kanser atau tidak? ape penyebab kematian arwah berdasarkan laporan hospital?

    alFatihah untuk arwah...

    ReplyDelete