Friday, March 27, 2009

Nasib Melayu

Tahniah kepada pemimpin UMNO yang telah berjaya dipilih untuk menerajui parti terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia. Semoga kalian akan memimpin negara dan rakyat kearah lebih baik dan cemerlang dengan penuh amanah, ikhlas dan jujur.

Di sebalik kemenangan pemimpin-pemimpin tersebut saya amat sedih kerana masih ada orang Melayu yang merestui pengamal rahsuah sebagai pemimpin mereka. Perkara ini bukan lah dibuat buat malah telah di iktiraf oleh lembaga disiplin UMNO bahawa individu ini bersalah mengamalkan "politik wang" aka rahsuah.

Sedih dengan orang Melayu kerana lebih pentingkan wang ringgit dari maruah bangsa sendiri. Lebih pentingkan diri sendiri dari agama dan bangsa sendiri.

Kemana perginya perjuang UMNO sebenarnya ... sekarang lebih kearah individualisma dari nasionalisma.... siapa lagi akan membela nasib orang Melayu ... Perasuah ini ... hmmm ... jangan mimpi la .... maaf saya katakan jika parti ini hancur ... maka tahulah siapa penyebabnya ...

Sekarang kita lihat kemana arah nasib orang Melayu ... yang kaya akan lebih kaya ... yang miskin akan tetap miskin ... yang kelas pertengahan kalau tak rahsuah maka tak akan kemana lah jawabnya.

Semoga Allah memberi petunjuk agar perasuah-perasuah ini akan bertaubat dan kembali kejalan sebenar.

No comments:

Post a Comment