Wednesday, March 4, 2009

Suami Macho menang ... 6-3 ... Bujang Lapok gigit jari ...


Pasukan Suami Macho
Dari belakang: Khafiz, Azman Basha, Ramdhan (Manager), Nasrah, En Rahim (Jurulatih), Nawawi, Faizal, Zuraidi
Hadapan: Aminuddin, Asri, Anwar dan anaknya, Yusof Wahab, Nizrin, Amran, Asyhar, Syazli, Zainurin



KUALA LUMPUR 28 Feb -- Setelah hampir sebulan perang saraf dan perang poster hari yang di tunggu tunggu telah ditiba pada pagi tadi. Tepat jam 8:50 pagi wisel mula telah ditiup pengadil berpengalaman dari BERNAMA, saudara Azhar.


Piala yang di idamkan

Kalau dilihat dari segi fizikal pasukan Bujang Lapok memang mempunyai kekuatan dari segala sudut ... dari pertahanan hingga ke pembancuh air ... akan tetapi atas keazaman kuat dan kemachoan yang tak terhingga pasukan suami macho memasang strategi yang amat berkesan...

Pengaja Gol di temuramah pemberita BERNAMA TV dan CNN

Berbekalkan majoriti nya berperut besar suami macho memulakan separuh masa pertama dengan bergaya mendahului 2-1. Hasil kombinasi bijak penyerang yang dibawa khas dari TMP suami macho sekali lagi merobek gol bujang lapok di awal separuh masa kedua hingga bujang lapok hampir menangis ... kecederaan demi kecederaan mental dan fizikal telah menguatkan lagi semangat kental suami macho hingga suatu masa mendahului 4-1. hingga lah penyerang bujang lapok yang juga di bawa khas dari TPM berjaya menegelirukan penjaga gol suami macho yang keboringan dengan dua gol.

Akan tetapi kaki lama jangan disangka tak ada power .... suami macho juga mempunyai senjata rahsia dengan midfield veteran saudara usop dengan menyumbangkan satu gol menjadi kedudukan 5-3 ... di saat akhir pasukan bujang lapok mula hilang arah ... kehulu kehilir mencari air dan sebatang rokok... team manager suami bujang meledakkan satu lagi gol menjadi kedudukan 6-3 hingga wisel penamat.


Man of the match ... most valuable player ... telah diberikan kepada saudara Syazli penyerang muda suami macho yang meledakkan 4 gol .... hingga saat akhir suami macho amat macho dari pertahanan hingga ke pakcik jual air seberang jalan.

Kesemua pemain pasukan suami macho amat berpuas hati dengan kemenagan ini kerana semua orang dapagt merasa sepak bola walaupun ada yang tetiba boleh terjatuh (untuk mengelirukan penjaga gol lawan).

Di ingatkan kepada bujang lapok supaya cepat lah kahwin ... boleh join team suami macho tahun hadapan ...

Dan dengan kemenagan ini juga suami macho telah diberi hak ekslusif untuk mengutuk bujang lapok sepanjang tahun hingga ke perlahwanan seterusnya tahun hadapan.
Piala dijulang tanda kemenangan
Terima kasih buat pengadil yang amat sporting walaupun dok kat area teduh sahaja ... kepada penyokong bujang lapok jangan bersedih ...

Kemenangan diraikan bersama

" Makcik dah dapat merasakan sesuatu yang lain pagi ni bila tengok team suami macho masuk padang ... bila tengok pasukan bujang lapok baru makcik tahu yang rupanya mereka akan kalah ... " kata makcik jual nasi lemak

" Kami dari semalam menyediakan padang untuk perlahwanan ini ... pihak pengurusan Kolej Telekom amat berbangga pasukan suami macho dapat bermain di padang kami dan seterusnya mengalahkan team bujang terlajak ... eh bujang lapok " tukang kebun kolej telekom.

"Dari semalam kami telah menyimpan senjata kami ... kami amat bimbang sorang player bujang lapok yang cenderung untuk ... errr .... tak payah cakap lah " pakcik polis POLAPOL.

Last sekali ... WE ARE THE CHAMPION MY FRIEND .... WE ARE THE CHAMPION... WE ARE THE CHAMPION !!!!

No comments:

Post a Comment